Ramadhan 2017 Promo

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera ,




>>Ramadhan 2017 Promo<<


JOM booking online dan nikmati ganjarannya..

2X Ganda KLEZPOINT untuk anda apabila tempah di www.klezcar.com


Sewa kereta sekarang hingga 20 Jun 2017 & dapat FREE 1 hari tambahan.


Syarat-syaratnya? Senang je. Sewa 2 hari ke atas, KLEZCAR automatik bagi 1 hari sewa tambahan FREE.


Tunggu apa lagi? Call je Kereta Sewa Hentian Kajang sekarang!

Nak call mana2 cawangan KLEZCAR lain pun boleh juga. Yang penting, kena cepat! Kenderaan terhad tau.


Tempahan kereta sewa & info lanjut di www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam)


Kereta Sewa Hentian Kajang
019-796 8080



Bamboo Village Hulu Langat

Assalamualaikum dan Selamat Petang,



Bamboo Village Hulu Langat



Anda sukakan aktiviti lasak seperti merentasi hutan dan mandi air terjun ? Atau anda  lebih suka akan permandangan yang indah dan menarik?  

Bamboo Village Hulu Langat pastinya menjadi pilihan kerana ia mempunyai kesemua kombinasi di atas. Terdapat banyak tempat untuk bermandi-manda antaranya Sungai Congkak dan Sungai Gabai. Jadi, sambil anda merentasi hutan, anda juga boleh singgah untuk mandi di Sungai Congkak mahupun Sungai Gabai. 

Image result for bamboo village hulu langat

Walaupun Bamboo Village ini terletak di dalam kawasan hutan, namun kemudahan yang disediakan cukup sempurna buat para pengunjung, tiada apa lagi yang perlu dirisaukan. Selain itu, anda juga boleh menikmati keindahan Kuala Lumpur Night View apabila berada di Look Out Point di sini . Ianya hanya mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja dari Bamboo Village. 

Perlukan kereta sewa untuk ke Bamboo Village Hulu Langat?? Hubungi nombor seperti tertera di bawah untuk menyewa kereta dengan Klezcar- Kereta Sewa Hentian Kajang.

.
.


Kereta Sewa Hentian Kajang

Whatsapp/ Call | 019-796 8080

Tempahan online | www.klezcar.com

Talian Hotline | 1300-88-4040 (24 jam)

Bila Perlu Tukar..??

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Kami dari Klezcar Hentian Kajang ingin berkongsi sedikit teknik penjagaan kereta dengan pembaca blog ini. Jika anda baru sahaja memiliki kereta idaman anda, penting untuk menjaganya dari awal supaya kereta lebih tahan lama. Jadi jom baca dengan lebih lanjut tentang bila perlu anda tukar 5 elemen pada enjin kereta ini :

1> Minyak hitam & filter
Bagi minyak hitam bukan sintetik, ia perlu ditukar setiap 5,000 km. Manakala minyak hitam sintetik, mungkin boleh capai sehingga 7,500 km atau 10,000 km, barulah perlu untuk ia ditukar. Jangan lupa untuk tukar juga filter setiap kali anda menukar minyak ya.


2> Spark plug

Ia perlu ditukar setelah mencecah maksimum 40,000 km . Janganlah sampai electrodenya menjadi nipis pula.



3> Bateri kereta
Jika anda menjaga baik bateri kereta anda iaitu dengan rajin mengisi air suling, ia boleh tahan sampai 2 tahun Jadi setiap 2 tahun, perlu untuk anda tukar bateri kereta anda tu.



4> Gear Oil
Tukarkan minyak gear anda setiap 60,000 km sekali.



5> Brake Fluid & Power Steering Fluid
Begitu juga dengan kedua-dua fluid ini,  juga perlu diganti kepada yang baru setiap 60,000 km.



Pesanan dari kami, setiap kali anda tukar tu, catatlah di mana-mana supaya dapat dirujuk dan sentiasalah alert dengan meter perjalanan anda ya. 

Lebih baik mencegah dari perlu membaiki kan?  :)

Kredit to FB The Vocket



Kereta Sewa Hentian Kajang
019-7968080

Tempahan | www.klezcar.com
Pertanyaan | 1300-88-4040

FREE 1DAY, WANG DIPULANGKAN

Wang Kembali Jaminan | Tidak berbau, Bersih, roda yang seimbang
Dear All,
Di Klezcar kami memastikan semua pelanggan menikmati jaminan yang disediakan.
APA YANG KAMI MENJAMIN?
Klezcar akan memberikan sewaan PERCUMA jika tidak mematuhi kriteria yang diberikan.
Jaminan Wang Dikembalikan
APAKAH KRITERIA?
1. Wangi - Setiap kereta disediakan oleh Klezcar harus wangi dan tidak berbau yang mungkin mengganggu kepuasan pelanggan apabila menggunakan perkhidmatan kami.
2. Bersihkan - kebersihan kereta luar dan dalam.
3. Roda Seimbang - Roda kereta dalam keseimbangan yang baik, bermakna pelanggan akan memandu dengan selesa dan selamat.
USP
Kami memastikan tidak berbau, kereta yang bersih dan roda seimbang.
Jika tidak, sewaan 1hari percuma akan diberi dan wang sewa 1hari dikembalikan.
BAGAIMANA SEKIRANYA KAMI TIDAK MEMENUHI DENGAN KRITERIA?
Wang Pelanggan sewaan 1hari akan dikembalikan dan akan dapat 1hari percuma.
Sebelum kereta diserahkan pada pelanggan, pelanggan perlu mengisi borang usp ini.
Harapan kami adalah supaya pelanggan-pelanggan kami dapat menikmati saat-saat yang indah dan menyenangkan sewaktu menggunakan perkhidmatan kami.
Kepuasan pelanggan adalah matlamat kami.

3 FUNGSI FRIT PADA CERMIN KERETA

Assalamualaikum dan Selamat tengahari,

Bagi yang kurang arif tentang kereta mesti jarang dengar perkataan FRIT kan? Haa..Apa itu FRIT? 

Sebenarnya bintik pada cermin kereta itulah dinamakan FRIT. Boleh lihat seperti dalam gambar ini .


Bintik ini berikan perubahan dari bintik-bintik terus ke garisan hitam kedap di tepi bingkai. Betul tak? Kalau tak percaya boleh lihat pada mana-mana kereta nanti ya :) 

Bila dah ada pada cermin tu, mesti ada fungsinya kan? Nak tahu tak apa fungsinya? Di bawah kami senaraikan 3 fungsi FRIT pada cermin kereta anda:
 Permukaannya yang kasar membolehkan gam untuk melekat dengan lebih kuat. Ia juga menyembunyikan lapisan gam dari pandangan luar agar nampak lebih kemas.

 Kumpulan bintik-bintik hitam di belakang cermin pandang belakang pula menjadi sebagai pelindung dari cahaya matahari yang terus.

 FRIT juga dapat menghalang sinar UV dari merosakkan lapisan kedap urethane sealant iaitu lapisan yang halang air hujan dari memasuki kenderaan melalui bingkai & juga membantu memegang cermin agar lekat kepada bingkai.


***


Dah tahu tentang FRIT, nak tanya pula anda tau tak apa fungsi KERETA SEWA KLEZCAR HENTIAN KAJANG Pastinya kami hadir untuk beri kemudahan kereta kepada anda yang memerlukan :) 
Ada kereta yang macam tak confident untuk dipandu jauh ? ... call kami, kereta boleh guna jalan jauh
Ada kereta tapi tak muat nak bawa semua orang ? ... call kami, kami ada besar sikit punya kereta
Kereta rosak & lama pula di bengkel tu... call la kami, special rate untuk long term sewa taw

Hubungi segera takut habis.. Axia | Myvi | Alza | Velfire

Kereta Sewa Hentian Kajang - Klezcar
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere..
 1300 - 88 - 4040 ( 24 Jam Hotline)
 019-796 8080 ( 9am - 11pm )
 Website: www.klezcar.com (pilih Hentian Kajang)

Perlawanan Persahabatan Antara JPJ Dan Klezcar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Perlawanan persahabatan bola sepak antara team Klezcar dan team JPJ telah berlangsung semalam, 15 March 2017.
Ianya merupakan suatu pengalaman berharga yang tidak mungkin dapat kami lupakan. Untuk pengetahuan kalian,
ini merupakan aktiviti kedua Klezcar bersama JPJ sepanjang tahun ini setelah projek pertama,
dijalankan pada bulan Januari lalu di mana kami bersama-sama ke Kelantan bagi misi bantuan banjir untuk warga Kelantan.
Pertembungan kali ini sengaja dirancang sebagai aktiviti kedua yang bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim,
antara pihak JPJ dan Klezcar di samping berpeluang untuk beriadah bersama-sama setelah penat bekerja seharian.
Bersukan membolehkan kita melakukan banyak gerakan badan, oleh itu permainan persahabatan bola sepak,
ini sememangnya memberi peluang kepada kami kedua-dua pasukan untuk meregangkan tubuh badan yang keletihan ini.
Hasilnya juga, badan berpeluh dan kami sendiri rasa lebih sihat dan cergas. Tubuh badan yang sihat menjadikan otak kita lebih cerdas.


Perlawanan Persahabatan Klezcar vs JPJ

Perlawanan ini dilangsungkan di Stadium BSN Bangi bermula dari jam 9 malam.
Perlawanan 3 half ini berakhir dengan keputusan seri 2-2. Walau bagaimana pun,
tahniah diucapkan kepada team JPJ kerana berjaya memenangi pusingan first half di mana team Klezcar telah ketinggalan 2-0.
Biasalah adat pertandingan kan ! Tetapi kami tidak mengaku kalah dan akhhirnya hasil usaha dan semangat berpasukan team Klezcar,
kami berjaya mengejar semula dan menyamakan kedudukan 2-2 pada pusingan third half. Ingat ya, jangan pernah putus asa !

Team Klezcar Bertemakan Jersi PINK


Turut hadir sama adalah wakil dari Moovby. Siapa yang tidak tahu Moovby kan,
ianya merupakan platform perkongsian kereta di mana membolehkan anda untuk menyewa kereta dari orang mengikut jam.
Boleh juga sewa kereta Klezcar menerusi aplikasi Moovby ini. Terima kasih semua yang terlibat dalam aktiviti semalam.
Insyaallah pada masa akan datang, akan ada lebih banyak aktiviti yang akan dijalankan.

_

Klezcar.com
Cars For Everyone, Anytime, Anywhere

www,klezcar.com

1300-88-4040 (Hotline 24 jam)

🚗 Kereta Sewa KAJANG
📞 019 796 8080
📺 http://kajangcarrental.blogspot.my/
🏠 Lokasi Di Hentian Kajang
🚒 List Kereta dan harga lihat di klezcar.com

Asal Usul Nama Kajang

ASAL USUL NAMA KAJANG

Perkataan Kajang lahir daripada beberapa sumber berikut :



PENDAPAT PERTAMA :
Adalah dipercayai Kajang telah diterokai oleh orang-orang suku Temuan kira-kira tahun 1580 lagi.
Suku inilah yang memberi nama Kajang berdasarkan sejenis mengkuang hutan,
yang digunakan untuk membuat atap yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu.

PENDAPAT KEDUA :
Batin Berenggai Besi merupakan seorang pembesar di Sungai Ujong.
Pernah mendirikan pondok-pondok di pinggir sungai yang terletak di kawasan Kajang sekarang dengan menggunakan atap mengkuang.
Kemudian, beliau berkesimpulan tempat ini sesuai untuk dijadikan penempatan.
Sempena bentuk atap mengkuang lipat kajang pondok yang didirikan itulah lahirnya nama Kajang.

PENDAPAT KETIGA :
Menurut satu riwayat, maksud perkataan ' berkajang ' bagi orang Mendailing berpondok.
Manakala bagi orang Bugis 'bertikam atau bergaduh'.
Kedua-dua puak ini pernah bertikaman di salah sebuah kawasan bukit berhadapan stesen keretapi yang ada sekarang,
kerana salah faham maksud perkataan 'berkajang'.
Peristiwa ini berlaku semasa kedua-dua golongan ini menghulu Sg. Langat kerana melarikan diri dari perang saudara,
yang berlaku di Kelang di antara tahun 1867 hingga 1873. Setelah peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama Kajang

PENDAPAT KEEMPAT :
Ada sumber lain mengatakan Kajang telah dibuka oleh Encik Lili juga dikenali sebagai Toh Lili yang datang dari Riau pada tahun 1776.
Beliau adalah pengikut Sultan Mohamed Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah yang berasal dari Riau.
Dengan kebenaran Sultan, beliau bersama enam orang rakan telah membuka tanah untuk penanaman padi di Bukit Sg. Merbau dan
membuka lombong @ Sungai Merbau yang kini dikenali sebagai KAJANG.

PENDAPAT KELIMA :
Raja Alang dari suku Mandailing bersama sekumpulan pengikutnya datang ke Tanah Melayu pada awal tahun 1800.
Kumpulan ini belayar memasuki Tanah Melayu melalui Kuala Sungai Langat. Setelah beberapa hari berlayar,
mereka berteduh atau 'berkajang' disuatu kawasan yang sekarang ini dipanggil Jalan Mandailing.
Sebahagian pengikut-pengikut Raja Alam telah menerokai kawasan Kampung Batu 14 sekarang dengan penanaman padi.
Penempatan mereka ini akhirnya dimasyhurkan dengan nama Kajang oleh Raja Alam.


🚗 Kereta Sewa KAJANG
📞 019 796 8080
📺 http://kajangcarrental.blogspot.my/
🏠 Lokasi Di Hentian Kajang
🚒 List Kereta dan harga lihat di klezcar.com

PROMOSI CUTI SEKOLAH!


🚘 👨‍👩‍👧‍👦PROMOSI CUTI SEKOLAH! 👨‍👩‍👧‍👦🚘
Sempena cuti sekolah bermula
 17-25 Mac 2017 Klezcar akan
memberikan baucer 50% diskaun 
kepada semua pelanggan setia
kami yang menyewa
minima 2 hari.

Anda juga berpeluang untuk memenangi 🎁 bernilai RM500.
Call sekarang sebelum terlambat!
📞(0197968080 h.kajang)/hotline:1300-88-4040
Tertakluk terma dan syarat

3 TIPS MEMANDU DALAM HUJAN

3 TIPS RARE DRIVING DALAM HUJAN
.
Tips ni agak lain & ianya berdasarkan pengalaman peribadi;
1️⃣st Tips : Kekalkan drive di lane tengah ketika hujan lebat ... kenapa ye?
✅ Sebab kat sini paling kurang air. Teknikalnya jalanraya dibina melengkung untuk menyah air. Buktinya kita selalu tengok lopak air berada di lane kiri / kanan jalan.
✅ Driver juga mempunyai masa untuk mengawal kereta jika stay di lane tengah berbanding lane di kiri / kanan. Ada masa untuk elak langgar divider.

2️⃣nd Tips : Study patern tayar kereta di depan menyah air untuk menjaga penglihatan anda ... awat lak ni?
✅ Setiap jenis tayar miliki sifat menyah air yang berbeza. Ia bergantung pada patern & corak tayar. Ada yang menyah air ketepi & ada yang kebelakang. Absolutely ianya beri efek pada penglihatan kereta di belakang.
✅ Driver perlu baca gerakan air kereta di depan jika hujan lebat. Silap haribulan air boleh naik ke windshield kereta anda ketika anda memotong mereka!.
3️⃣rd tips : Ikut ekor tayar driver di depan ketika hujan untuk lebih cengkaman ... why why?
✅ Tips yang terakhir ini proveb bos. Perhatikan ekor tayar kereta di depan. Anda akan dapat lebih cengkaman jika follow bekas tayar kereta di depan. Laluan basah sudah dibersihkan oleh tayar kereta di hadapan.
🚗 Kereta Sewa KAJANG
📞 019 796 8080
📺 http://kajangcarrental.blogspot.my/2017/02/tempahan-klik-sini.html
🏠 Lokasi Di Hentian Kajang
🚒 List Kereta dan harga lihat di klezcar.com

BERJALAN, 8 jenis peyakit boleh disembuhkan.

Jika selama ini anda malas berjalan.

Ini masa yg sesuai untuk fikirkannya semula.

Menurut satu kajian, berjalan bukan sahaja boleh mengurangkan, malah menyembuhkan lapan jenis penyakit.


Mulaikan berjalan sekarang dan rasai kesannya.
Dipetik dari laman IIUM, 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung:
Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke:
Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak:
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki,

kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan:
Jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis.
Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser:
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki.
Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar.
Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan.
Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis:
Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis:
Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan.
Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi:
Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi.
Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.


🚗 Kereta Sewa KAJANG 📞 019 796 8080 📺 http://kajangcarrental.blogspot.my/ 🏠 Lokasi Di Hentian Kajang 🚒 List Kereta dan harga lihat di klezcar.com http://www.mudah.my/Perodua+Alza+1+5+A+-52303393.htm

Laluan Perkhidmatan Bas SMART Selangor

Laluan Perkhidmatan Bas SMART
Selangor di Kawasan Majlis Perbandaran Kajang 

Kini penduduk sekitar kajang boleh menggunakan perkhidmatan bas ini secara percuma rujuk gambar untuk map laluan bas smart ni.

Dan yg penting ianya percuma!!!

Dan dihentian kajang juga ada klezcar untuk kemudahan anda menyewa kereta!!!!

🚗 Kereta Sewa KAJANG
📞 019 796 8080
📺 http://kajangcarrental.blogspot.my/
🏠 Lokasi Di Hentian Kajang
🚒 List Kereta dan harga lihat di klezcar.com

Tempat Menarik di Kajang

>>> #6 Tempat Menarik di Kajang <<< Tempat Makan Menarik di Kajang #1 Satay Hj Samuri Kajang Merupakan satu destinasi wajib jika anda ke Kajang, semestinya pekena Satay Kajang memang antara pilihan yang terbaik. Satay Kajang memang terkenal satu Malaysia dan kalau anda pertama kali sampai ke Kajang, bolehlah cuba dan alami sendiri keenakan satay Kajang Hj Samuri ini. Terbaik. Harga yang ditawarkan juga tidak terlalu mahal dan kena dengan harga. Nasihat saya, cuba sendiri dan rasa keenakan satay Kajang ini. Kajang Lot 1, 2&3, Tingkat Bawah & Tingkat 2, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, Kajang,S elangor, Malaysia

Satay kajang, tarikan utama di Kajang satay-kajang #2 Dapur Koi Kajang Tema restoren ini adalah masakan tradisional Pahang dan Melayu. Antara menu yang saya galakkan untuk anda rasai dan cuba adalah Ayam Kampung Goreng, Gulai Kawah, Tempoyak Ikan Patin dan lain-lain menu masakan tradisional lain untuk anda pilih dan cuba. Juga ada menu sambal pembuka selera untuk anda cuba. Kemudahan seperti surau juga disediakan, bagi saya, anda cuba sendiri dan bagi peminat masakan tradisional Melayu, boleh ke Restoran Dapur Koi di alamat bawah.
Restoran Dapur Koi, 2-G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, Kajang. #3 Sungai Gabai Antara tempat menarik di Kajang yang anda boleh pergi selain daripada tempat makan best di Kajang adalah destinasi sungai yang cantik dan memukau. Salah satunya adalah Sungai Gabai yang sesuai untuk bawa anak anda mandi manda. Banyak pokok dan akar-akar hutan di sini dan sungai di sini cantik untuk anda bawak anak-anak mandi manda di dalam hutan. Memang satu destinasi percutian yang terbaik.




#4 Sungai Tekala Satu lagi adalah air terjun Sungai Tekala yang juga merupakan salah satu tempat menarik untuk anda pergi di Kajang ini. Ianya adalah air terjun Sungai Tekala yang merupakan satu tempat yang menarik untuk anda pergi. Lengkap dengan pelbagai kemudahan awam untuk anda pergi dan tuju. Kalau nak ke sini, saya sarankan anda menginap di mana-mana hotel di Trivago dan teruskan perjalanan ke sini. Banyak perkara yang menarik yang anda boleh lakukan di sini.




#5 Ostrich Wonderland Kajang Pun antara tempat menarik untuk anda pergi di Kajang ini. Di sini, bukan sahaja unta, tetapi juga terdapat ayam dan burung merak yang dibela di sini. Pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana perkembangan burung unta dan bagaimana dia membesar di sini. Ostrich Wonderland ini telah beroperasi sejak tahun 2000 dan merupakan salah satu tempat menarik di Kajang. Memang saya galakkan untuk anda pergi dan alami sendiri keseronokan di sini.




#6 Tasik Cempaka Tasik Cempaka adalah satu lagi tempat menarik yang anda boleh pergi di Kajang ini. Ianya lebih kepada satu tempat warga kota beristirehat dan bersantai pada petang hari.




🚗 Kereta Sewa KAJANG 📞 019 796 8080 📺 http://kajangcarrental.blogspot.my/ 🏠 Lokasi Di Hentian Kajang 🚒 List Kereta dan harga lihat di klezcar.com http://www.mudah.my/Perodua+Alza+1+5+A+-52303393.htm

MERAH Tanda Berhenti! [Patuhi Lampu Isyarat]

Assalamualaikum dan Selamat Petang !


***LAMPU ISYARAT***


MERAH __ : BERHENTI !


KUNING __ : PERLAHANKAN KENDERAAN ; BERSEDIA UNTUK BERHENTI

HIJAU __ : JALAN






TAHUKAH ANDA?

Kemalangan melibatkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah kesannya serius kerana kebiasaanya kenderaan yang terlibat bergerak laju dan memberi impak sangat kuat apabila terjadinya pelanggaran.

Ia boleh meragut nyawa !

Pastikan anda sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan hormatilah pengguna jalan raya yang lain.

***

Pesanan dari kami ⇨

Kereta Sewa Hentian Kajang
019-796 8080

Semak Harga

Tempahan

Pertanyaan (24 jam)
1300-88-4040


LIST HARGA KERETA SEWA

SENARAI HARGA KERETA SEWA KAMI


HUBUNGI @ WHATAPPS
019 796 8080 
UNTUK RATE PELAJAR
TEMPAHAN KLIK SINI





Terkenal seluruh Malaysia: Sate Kajang Haji Samuri

 Assalamualaikum,
Adakah anda juga alami? Setiap kali makan satay, mesti teringat Sate Kajang Haji Samuri. Inilah antara nama sate yang dikenali di seluruh Malaysia yang dimiliki oleh Tuan Haji Samuri bin Haji Juraimi. 
Kredit : Sate Kajang

Sebelum menjadi terkenal, Sate Kajang Haji Samuri pernah dibandingkan dengan Sate Kajang di gerai Haji Tasmin Sakiban yang awal dulu terkenal pada tahun 60-an. Namun begitu, jenama sate ini masih juga mampu bertahan dan berkembang menjadi terkenal dalam industri makanan juga secara tidak langsung menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke Kajang. 

Tidak dinafikan sebenarnya ilmu membuat sate ini Haji Samuri tuntut dari Haji Tasmin. Oleh kerana itulah, kedua-duanya sama hebat dan menempa kejayaan dalam perusahaan sate mereka mengikut zaman masing-masing. 

Haa.. siapa teringin makan sate? Jom ramai-ramai kita serbu Sate Kajang Haj Samuri ! 

Hanya 18 minit memandu dari Kereta Sewa Hentian Kajang.
⧫Ambil kereta anda di sini:
LOT NO1-60, KOMPLEKS HENTIAN KAJANG,JLN REKO,43000 KAJANG,
⧫Dan jom pergi makan sate Kajang !
Lot 1, 2 & 3, Tingkat Bawah & Tingkat 2, Bangunan Dato Nazir, Jalan Kelab (Jalan Stadium) 43000 KajangSelangor
*****
Tempahan Kereta Sewa
019-7968080
Tempahan secara online
Pertanyaan
1300-88-4040

Klezcar hentian kajang

🚗 Kereta Sewa KAJANG
📞 019 796 8080
🏠 Lokasi Di Hentian Kajang
🚒 List Kereta dan harga lihat di klezcar.com

KHAS UNTUK PELAJAR DISKAUN 15%.
KHAS UNTUK PELAJAR DISKAUN 15%.
KHAS UNTUK PELAJAR DISKAUN 15%.

CALL 019 796 8080 

Kehidupan adalah seperti sebuah pizza

Pizza mengandungi banyak bahan-bahan makanan. Ada bahagian daging, keju, nenas, bawang, tomato dan sebagainya. Kadang-kadang ada juga makanan yang kita tidak digemari di dalamnya seperti olive ataupun tomato yang telah kering sangat.

Kehidupan adalah seperti sebuah pizza. Jika kita ingin bahagian yang bagus, kita terpaksa menelan yang tidak diingini juga. Jika kita suka kerjaya kita tetapi tidak suka seseorang dalam syarikat, kenalilah itu sebahagian daripada pakej kerjaya kita. Atau kita cintai isteri/suami kita tapi tidak tahan apabila bertekak dengannya, terimalah kesemuanya menjadi manusia itu sempurna.

Pelajari cara untuk menerima bahagian yang tidak begitu diingini. Tidak perlu mengeluh nasib. Semuanya sebahagian daripada kehidupan.
Sumber | Kredit : FB eddie soh


Kereta Sewa Kajang
0197968080

Tempahan secara online 
www.klezcar.com

Semak Harga
https://www.klezcar.com/ratesearch.php

Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040