Cara-cara Jumper Kereta Yang Mati



CARA-CARA JUMPER(JUMP START) KERETA YANG MATI

Mungkin sesentengah dari kita mengalami masalah kereta tidak dapat dihidupkan apabila ia hendak dingunakan terutamanya di waktu penting.Antara salah satu penyebab utama ia terjadi kerana batteri kereta telah “kong”sama ada jangka hayat telahpun tamat(biasanya 2 tahun) atau penggunaan yang terlalu extreme(spt lampu/radio terbuka tanpa enjin dihidupkan).

Diwaktu yang terdesak inilah kita mencari penyelesaian dengan meminta pertolongan kereta orang lain bagi menghidupkan semula kereta kita (jumper start).
Dibawah adalah perkara-perkara asas yang kita perlu tahu untuk menjumper kereta;

1. Syarat untuk menjumper kereta,perlulah ada peralatan jumper iaitu wayar besar warna merah dan hitam yang biasanya dijual di kedai peralatan kereta atau kedai D.I.Y.

2.Kereta yang mahu memberi bantuan hendaklah dapat menghidupkan kereta dengan sempurna dan menpunyai batteri yang elok.Letakkan gear kenderaan dalam keadaan ‘P’ bagi kereta auto dan ‘N’ bagi kereta menual.

3.Sambungkan wayar yang berwarna merah [ + ] dari kereta rosak ke batteri yang elok(mempunyai symbol yang sama iaitu [ + ] ) .Jangan sambungkan symbol [ - ] ke symbol [ + ] kerana ia boleh menyebabkan batteri meletup.

4.Wayar hitam [ - ] disambungkan dari batteri elok ke mana-mana bahagian besi kereta enjin yang batteri rosak .

5.Hidupkan kereta yang elok tadi untuk beberapa minit bagi mengecas batteri kong tersebut.Selepas itu cuba hidupkan kereta yang rosak tadi.

6.Jika kereta telah dapat dihidupkan,buka semula peralatan wayar(jumper) dengan urutan terbalik.

7.Seelok-eloknya bagi mengelak keadaan ini terjadi lagi,tukarlah batteri kereta yang baru dan gunalah ia dengan cara yang disarankan oleh pengeluar.

Klezcar company adalah satu perniagaan kereta sewa terbesar yang mempunyai cawangan  hampir diseluruh Malaysia.Ia memberi jaminan kereta yang diberi kepada penyewa dalam keadaan terbaik dan jaminan akan diberikan jika penyewa mengalami sebarang masalah berkaitan kereta yang disewa.

https://www.klezcar.com/


 




    Gambar sambungan Wayar untuk jumper